Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Quebec batal rancangan perkenal cukai kesihatan bagi penduduk enggan divaksin COVID-19

Wilayah Quebec di Kanada membatalkan rancangan untuk mengenakan cukai kesihatan ke atas penduduk dewasa yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Quebec batal rancangan perkenal cukai kesihatan bagi penduduk enggan divaksin COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 02 Feb 2022 09:36AM Dikemas Kini : 02 Feb 2022 09:36AM

MONTREAL: Wilayah Quebec di Kanada membatalkan rancangan untuk mengenakan cukai kesihatan ke atas penduduk dewasa yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Demikian menurut Ketua Menteri Quebec Francois Legault pada Selasa (1 Feb), yang mengatakan idea itu akan memecah belahkan penduduk, lapor Reuters.

Semasa mengumumkan cukai baru itu pada bulan lalu, Legault berkata golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk.

Para pakar bagaimanapun berkata idea itu bertentangan dengan prinsip sistem kesihatan awam Kanada.

Legault pula berkata beliau bimbang tentang pecah belah yang akan berlaku di Quebec disebabkan oleh COVID-19 dan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk membendung virus itu.

"Peranan saya adalah untuk cuba memastikan penduduk Quebec terus bersatu padu. Sebab itu kami tidak akan meneruskan dengan pelaksanaan cukai kesihatan ini," katanya kepada wartawan. "Saya faham ini akan menyebabkan penduduk Quebec berpecah belah dan kini kami perlu mengeratkan lagi hubungan."

Quebec dan wilayah jirannya Ontario, yang membentuk 61 peratus penduduk Kanada, mula melonggarkan langkah-langkah sekatan di tengah-tengah tanda bahawa jangkitan Omicron sudah sampai kemuncaknya.

Namun para pakar di Ontario pada Selasa (1 Feb) berkata ini bermakna jumlah jangkitan dan kemasukan ke hospital berkaitan dengan varian itu akan turut meningkat.

Ontario menarik balik beberapa sekatan terhadap perniagaan pada Isnin, bermula dengan restoran, pusat beli-belah dan pawagam dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti 50 peratus. Ia merancang untuk melonggarkan lebih banyak lagi langkah-langkah sekatan pada Februari dan Mac.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa