Qatar sumbang S$68 juta kepada rakyat Syria
Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani mengarahkan sebanyak AS$50 juta (S$67.7 juta) diperuntukkan untuk menyokong pelarian dan penduduk Syria yang hilang tempat tinggal, lapor agensi berita Anadolu pada Selasa (15 Jan).
Seorang pelarian dari Syria (Gambar: Nazeer Al-Khatib/AFP)
DOHA: Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani mengarahkan sebanyak AS$50 juta (S$67.7 juta) diperuntukkan untuk menyokong pelarian dan penduduk Syria yang hilang tempat tinggal, lapor agensi berita Anadolu pada Selasa (15 Jan).
Menurut agensi berita Qatar, sumbangan itu akan digunakan untuk pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Jordan serta penduduk yang hilang tempat tinggal di Syria.
Ia menambah, Tabung Pembangunan Qatar dengan penyelarasan agensi pertahanan awam Topi Putih dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan bertanggungjawab menguruskan dana itu menerusi program bantuan kemanusiaan langsung.
Turki menerima lebih daripada 3.5 juta pelarian Syria, jumlah tertinggi berbanding negara lain di dunia.
Syria baru saja pulih daripada konflik berdarah yang meletus pada 2011 selepas kerajaan Bashar al-Assad cuba membenteras penunjuk perasaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.