Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar serahkan 'draf akhir' perjanjian gencatan senjata Gaza kepada Israel, Hamas

Qatar selaku pengantara telah menyerahkan draf 'akhir' perjanjian gencatan senjata dan pelepasan tebusan kepada Israel dan Hamas, yang dihasilkan untuk menamatkan perang di Gaza, menurut seorang pegawai yang sedia maklum mengenai rundingan itu kepada Reuters pada Isnin (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar serahkan 'draf akhir' perjanjian gencatan senjata Gaza kepada Israel, Hamas

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jan 2025 06:17PM Dikemas Kini : 13 Jan 2025 06:19PM
REUTERS: Qatar selaku pengantara telah menyerahkan draf 'akhir' perjanjian gencatan senjata dan pelepasan tebusan kepada Israel dan Hamas, yang dihasilkan untuk menamatkan perang di Gaza, menurut seorang pegawai yang sedia maklum mengenai rundingan itu kepada Reuters pada Isnin (13 Jan).

Satu perkembangan memberangsangkan dicapai di Doha selepas tengah malam semalam, menyusuli rundingan antara ketua perisikan Israel, utusan Presiden dilantik Donald Trump ke Timur Tengah dan Perdana Menteri Qatar
Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, menurut pegawai berkenaan.

Pada Ahad (12 Jan), Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah berunding dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menurut Rumah Putih.

Pihak berkuasa Amerika sedang berkejar masa untuk mencapai perjanjian mengenai pelepasan tebusan dan gencatan senjata di Gaza sebelum Presiden Biden melepaskan jawatannya pada 20 Januari.

Encik Biden dan Encik Netanyahu telah membincangkan usaha yang dijalankan bagi mencapai perjanjian ke arah menamatkan pertempuran di Carikan Gaza dan membebaskan tebusan yang masih ditahan di sana, menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan selepas kedua-dua pemimpin bercakap dalam satu panggilan telefon.

Encik Biden "menekankan peri pentingnya gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza dan para tebusan dibebaskan, sambil berkata lebih banyak bantuan kemanusiaan dapat dihantar masuk ke wilayah itu jika pertempuran dapat dihentikan di bawah perjanjian itu", katanya.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan