Skip to main content

Dunia

Qatar sahkan identiti mangsa serangan Israel di Doha

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar sahkan identiti mangsa serangan Israel di Doha

Hasil serangan Israel ke atas Gaza. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Sep 2025 12:32PM Dikemas Kini : 11 Sep 2025 12:34PM

DOHA: Kementerian Dalam Negeri (MoI) Qatar mengesahkan identiti seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel pada Selasa ke atas sebuah bangunan kediaman di Doha yang menempatkan anggota biro politik Hamas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam satu kenyataan, MoI memaklumkan bahawa mangsa Riyah Hassan Labad disahkan “sebagai sebahagian daripada pemantauan berterusan terhadap perkembangan berkaitan sasaran Israel dan berdasarkan operasi lapangan yang dijalankan oleh agensi keselamatan berkaitan untuk mengumpul bukti serta maklumat.”

Menurut Mol, cebisan mayat ditemukan di pelbagai lokasi di kawasan kejadian, dan pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Qatar kini sedang berusaha mengenal pasti mangsa dengan tepat.

Kementerian itu menegaskan pihaknya akan terus memantau perkembangan dan akan mengumumkan sebarang maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi.

Ia turut memaklumkan bahawa usaha masih diteruskan untuk mengesan dan mengenal pasti individu yang masih hilang, manakala pasukan lapangan khas sedang menjalankan operasi mencari serta menyiasat.

Sumber : Reuters/NK/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita