Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar nafi tarik diri sebagai pengantara dalam rundingan gencatan senjata Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar nafi tarik diri sebagai pengantara dalam rundingan gencatan senjata Gaza

Gambar: Omar AL-QATTAA / AFP

Diterbitkan : 10 Nov 2024 01:13PM Dikemas Kini : 10 Nov 2024 01:29PM
DOHA: Qatar menafikan laporan media yang mendakwa negara itu menarik diri sebagai pengantara dalam rundingan gencatan senjata Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr. Majed Mohammed Al Ansari berkata laporan itu tidak tepat, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Beliau menjelaskan bahawa usaha kini tergendala buat sementara waktu dan akan disambung semula apabila pihak-pihak yang terlibat menunjukkan “kesediaan dan kesungguhan untuk menamatkan perang serta menghentikan penderitaan terhadap orang awam akibat keadaan kemanusiaan yang dahsyat di wilayah itu.”

Dr Al Ansari menegaskan kesediaan Qatar untuk memimpin usaha bagi menamatkan perang dan memastikan pembebasan tebusan.

“Negara Qatar tidak akan membenarkan pengantaraan menjadi alasan untuk memeras ugut, seperti yang telah kita lihat melalui manipulasi sejak kegagalan jeda pertama dan perjanjian pertukaran wanita dan kanak-kanak, terutama dalam menarik balik komitmen yang telah dipersetujui melalui pengantaraan, serta penggunaan berterusan rundingan bagi membenarkan perang demi kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan kepada QNA.

Dr Al Ansari turut berkata bahawa laporan media berhubung pejabat Hamas di Doha adalah tidak tepat, dengan menegaskan bahawa tujuan utama pejabat itu di Qatar adalah sebagai saluran komunikasi antara pihak berkaitan.

Beliau turut menegaskan keperluan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi.

“Saluran ini telah menyumbang kepada pencapaian gencatan senjata pada peringkat sebelumnya dan mengekalkan ketenangan di wilayah terbabit dalam usaha pertukaran tebusan wanita serta kanak-kanak pada November tahun lalu,” katanya.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan