Qatar nafi tahan tiga juruterbang Iran selepas pesawat pejuang ditembak jatuh
Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang pesawat tentera. (Gambar hiasan: REUTERS/Willy Kurniawan)
DOHA: Qatar menafikan dakwaan Iran bahawa tiga juruterbang tenteranya ditahan selepas pesawat pejuang yang mereka kendalikan ditembak jatuh ketika operasi ketenteraan pada peringkat awal perang antara Amerika Syarikat dengan Iran.
Dalam surat kepada Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric, Brigedier Jeneral Mohammad Bagherzadeh mendakwa tiga juruterbang Iran, iaitu Javad Salehi, Abdul Majid Dashtian dan Imran Behroshian, ditahan selama enam bulan oleh Qatar.
Beliau berkata juruterbang terbabit terjun dari pesawat masing-masing selepas dua pesawat pejuang Iran ditembak sistem pertahanan udara ketika operasi ketenteraan pada 2 Mac 2026, iaitu hari ketiga perang antara Amerika Syarikat dengan Iran, lapor Astro AWANI.
Encik Bagherzadeh turut mendakwa seorang lagi juruterbang, Majid Kazemi, terbunuh dalam operasi yang sama dan mayatnya telah dipulangkan kepada Iran.
Menurut beliau, ketiga-tiga juruterbang itu ditahan selepas mendarat di sebuah pangkalan tentera Qatar, selain didakwa tidak dibenarkan menghubungi atau bertemu anggota keluarga mereka.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Qatar Majed Mohammed Al Ansari, menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenyataan yang mengelirukan.
Beliau berkata pihak Qatar telah menghubungi juruterbang terbabit selepas mereka memasuki ruang udara negara itu, tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.
“Langkah yang perlu telah diambil bagi mempertahankan wilayah Qatar selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan di platform X.
Encik Ansari turut memaklumkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat Qatar sudah menjalankan operasi menyeluruh untuk mengesan mangsa insiden berkenaan dan berjaya menemui mayat seorang juruterbang.
Menurutnya, Qatar sudah pun menghubungi Iran bagi menyelaraskan proses penyerahan mayat tersebut dan mengundang pihak berkuasa Iran meneliti butiran operasi mencari dan menyelamat, tetapi belum menerima maklum balas daripada Tehran.

Sumber : Agensi berita/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.