Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan; salur bantuan kemanusiaan ke Gaza

Qatar pada Isnin (3 Feb) melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza di Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan; salur bantuan kemanusiaan ke Gaza

Qatar melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan, 3 Feb 2025. (Gambar: Kementerian Luar Qatar)

Diterbitkan : 04 Feb 2025 07:49AM Dikemas Kini : 04 Feb 2025 07:52AM
DOHA: Qatar pada Isnin (3 Feb) melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza di Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.

"Sejak bermulanya gencatan senjata (Gaza), Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.

"Hari ini, sebagai lanjutan jambatan darat ini, kami menyaksikan pelancaran dua penerbangan helikopter yang sarat dengan bekalan perubatan penting kepada Khan Younis," menurut kenyataan itu yang menukil Menteri Negara Qatar bagi Kerjasama Antarabangsa Maryam binti Ali bin Nasser Al Misnad.

Qatar Charity dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan juga memeterai perjanjian untuk memudahkan aliran bantuan kemanusiaan Qatar melalui laluan darat melalui Jordan, tambah kenyataan itu.

"Qatar telah menyediakan 20,000 khemah, diangkut melalui jambatan darat dari Qatar ke Jordan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk menghantarnya kepada saudara kami di Gaza," kata menteri Qatar itu.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan