Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar kutuk, sangkal tuduhan rasuah dalam siasatan Belgium

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar kutuk, sangkal tuduhan rasuah dalam siasatan Belgium

Replika trofi Piala Dunia di luar Stadium Education City di Al-Rayyan pada 13 November 2022 menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022. (Gambar: Kirill KUDRYAVTSEV / AFP)

DOHA: Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar mengutuk siasatan rasuah yang dijalankan oleh Belgium dan tindakan untuk menggantung akses negara Teluk itu ke Parlimen Kesatuan Eropah (EU).

Qatar memberi amaran, langkah itu boleh membawa kesan negatif terhadap hubungan antara Qatar dengan EU dan menjejas bekalan gas asli.

Pihak berkuasa Belgium telah mendakwa Naib Presiden Parlimen Eropah, Eva Kaili, dan tiga individu lain atas tuduhan menerima wang suap dan ganjaran dari Qatar untuk mempengaruhi keputusan mereka.
Dalam satu kenyataan media, seorang diplomat Qatar berkata, tanggapan prejudis tanpa usul periksa telah menyebabkan Parlimen EU menggantung semua penggubalan undang-undang yang bersangkut paut dengan Qatar.

Ini termasuk rang undang-undang untuk melonggarkan syarat visa dan perjanjian udara antara EU dengan Qatar.

Diplomat tersebut berkata, Qatar merupakan satu-satunya negara yang dikritik dan dikecam dalam siasatan Belgium.

Menurutnya lagi, Qatar amat kecewa dengan pihak berkuasa Belgium kerana tidak berusaha sama sekali untuk mengesahkan sebarang fakta dengan kerajaan Qatar.
Sumber : Agensi berita/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan