Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar kesan kes varian EG.5 pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar kesan kes varian EG.5 pertama

(Gambar: Fred Tanneau/AFP)

Diterbitkan : 01 Sep 2023 12:59PM Dikemas Kini : 01 Sep 2023 01:00PM
DOHA: Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 yang juga dikenali sebagai EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam negara tersebut pada Khamis (31 Ogos).

Jumlah sebenar jangkitan tidak dinyatakan namun kementerian itu menyatakan kes jangkitan menunjukkan gejala ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Kementerian berkenaan sedang memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian COVID-19 baharu itu, lapor Xinhua.

EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.

Pada 9 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melabelkannya sebagai "varian yang perlu diberi perhatian", namun menyatakan bahawa varian itu hanya menimbulkan risiko rendah kepada kesihatan awam.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan