Qatar dan Bahrain sepakat jalin semula hubungan diplomatik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KAHERAH: Qatar dan Bahrain bersetuju untuk menjalin semula hubungan diplomatik.
Demikian menurut agensi berita Bahrain (BNA) dan kementerian luar Qatar pada Rabu (11 Apr).
Persetujuan itu dicapai selepas boikot oleh negara Arab ke atas Qatar selama dua tahun ditarik balik.
Pada Januari 2021, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menamatkan sekatan perdagangan selama tiga tahun setengah ke atas Qatar, kecuali Bahrain.
Keempat-empat negara itu menyambung hubungan perjalanan dan perdagangan pada 2021.
Pada Rabu, Jawatankuasa Bahrain-Qatar mengadakan mesyuarat kedua di ibu pejabat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh.
Kedua-dua negara memaklumkan bahawa keputusan itu berpunca daripada keinginan untuk membangunkan hubungan dua hala dan meningkatkan integrasi dan perpaduan membabitkan enam negara GCC - terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Oman dan UAE.
Pada 2017, empat negara Arab memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan pelancongan dengan Qatar, dan menuduh negara itu menyokong kumpulan militan, satu tuduhan yang dinafikan Doha.
Pergolakan itu berterusan sehingga lima negara menandatangani deklarasi pada Januari 2021 yang menamatkan konflik itu.
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan mengalu-alukan pemulihan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara Teluk.
"Majlis Kerjasama Teluk yang bersatu sepenuhnya, di mana Bahrain dan Qatar adalah anggota penting, adalah... satu langkah penting ke arah mewujudkan rantau Timur Tengah yang lebih stabil dan makmur, termasuk melalui pengaturan komersil, ekonomi dan pertahanan yang lebih bersepadu," kata Encik Sullivan dalam satu kenyataan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.