Qatar dakwa kritikan Netanyahu jejas proses pengantaraan perang Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
BAITULMAKDIS: Qatar menyatakan pada Rabu (24 Jan) bahawa ia "terkejut" dengan dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai peranannya sebagai pengantara dalam perang Gaza. Ini setelah Encik Netanyahu menyifatkan Qatar sebagai "menyusahkan" dalam satu rakaman dibocorkan.
"Kami terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh perdana menteri Israel dalam beberapa laporan media mengenai peranan Qatar sebagai pengantara," tegas jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari.
"Jika dakwaan yang dilaporkan itu didapati benar, maka PM Israel itu hanya akan menghalang dan menjejas proses pengantaraan tersebut, atas sebab-sebab yang kelihatan akan memanfaatkan kerjaya politiknya dan bukannya untuk mengutamakan usaha menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah, termasuk tebusan Israel," tulisnya.
Dalam rakaman yang dibocorkan daripada pertemuan dengan keluarga para tebusan yang disiarkan di saluran Channel 12 Israel pada Selasa, Encik Netanyahu menyifatkan Qatar sebagai "menyusahkan."
"Anda belum lihat saya (mengucapkan terima kasih) kepada Qatar, bukan? Saya belum (menyampaikan ucapan terima kasih kepada) Qatar. Mengapa? Sebab Qatar, bagi saya, tidak berbeza pada dasarnya daripada PBB, daripada Palang Merah dan (bahkan, dalam) cara yang lebih bermasalah. Walau bagaimanapun, saya bersedia menggunakan mana-mana pengantara sekarang yang boleh membantu saya membawa mereka (tebusan) pulang."
Qatar, di mana beberapa pemimpin politik Hamas berpangkalan, memainkan peranan sebagai pengantara utama antara kumpulan itu yang mentadbir Gaza dan para pegawai Israel dalam konflik berkenaan.
Pada November lalu, Qatar telah membantu mencapai persetujuan bagi melaksanakan gencatan senjata sementara selama tujuh hari, di mana seramai 110 tebusan warga Israel dan warga asing dibebaskan dari Gaza sebagai tukar ganti kepada 240 warga Palestin yang dibebaskan daripada tahanan Israel.
Dalam rakaman tersebut, Encik Netanyahu mendakwa Qatar mempunyai pengaruh terhadap Hamas kerana ia membiayai kumpulan itu. Beliau malah, memberitahu keluarga para tebusan bahawa beliau baru-baru ini "berasa sangat marah terhadap Amerika" kerana memperbaharui semula perjanjian untuk melanjutkan kehadiran tentera Amerika di sebuah pangkalan di Qatar.
Sementara itu, jurucakap Qatar berkata: "Daripada membimbangkan dirinya dengan hubungan strategik Qatar dengan Amerika Syarikat, kami berharap Encik Netanyahu sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada usaha membebaskan para tebusan."

LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.