Qari kurang daya penglihatan cipta rekod OKU pertama johan tilawah al-Quran M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Berita Harian)
BUTTERWORTH: Qari orang kurang upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M pada Jumaat (16 Jun).
Kejayaan itu menjadikan anak sulung daripada enam beradik itu muncul sebagai qari pertama dalam kalangan OKU bergelar juara sepanjang sejarah pertandingan yang berlangsung sejak 1947, lapor BH Online.
Johan bagi kategori qariah pula dimenangi Penolong Pegawai Islam Yayasan Islam Terengganu, Nor Hidayah Abd Rahman.
Dengan kemenangan, mereka layak membawa pulang masing-masing hadiah wang tunai RM20,000 (S$5,810), selain piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 (S$2,905) bagi menunaikan Haji.
Muhammad Qayyim, 25 tahun dan Nor Hidayah, 32 tahun, turut melayakkan diri mewakili Malaysia bagi menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 20 hingga 26 Ogos nanti yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.
Naib johan pula dimenangi Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (Johan Menunggu) dan qariah dari Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, manakala tempat ketiga dimenangi qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini dan qariah dari Johor, Nurul Nadiah Hashim, seperti dinukil laporan BH Online.
Bagi kategori hafazan, peserta Johor, Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan diumumkan johan hafiz bagi kategori 1 hingga 30 juzuk berserta tafsir, manakala peserta Sabah, Dian Karisma Mohd Japar dinobatkan johan hafizah.
Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 (S$5,810), selain tambahan wang tunai RM10,000 (S$2,905) untuk menunaikan Haji dan piala iringan.
Untuk kategori satu hingga 20 juzuk, hafiz dari Terengganu, Muhammad Fakhrurazi Yahaya dan hafizah dari Melaka, Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam dinobat johan.
Kategori satu hingga 10 juzuk berserta tarannum pula diungguli hafiz dari Wilayah Persekutuan, Muhammad Fahmi Shari dan hafizah dari Melaka, Siti Nabilah Zamri.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.