Qantas didenda AS$59 juta kerana berhentikan pekerja semasa pandemik COVID-19

Sebuah pesawat penumpang Boeing 737 Qantas berlepas dari Lapangan Terbang Sydney, Australia, pada 5 September 2022. (Gambar: AP/Mark Baker)
Hakim Mahkamah Persekutuan Michael Lee berkata beliau mahu hukuman itu menjadi "penghalang sebenar" kepada syarikat-syarikat lain yang mungkin tertarik dengan ganjaran kewangan yang diperolehi daripada melanggar undang-undang pekerjaan.
Qantas memutuskan untuk memberhentikan pekerja dan menyumberkan luar pekerjaan mereka pada Ogos 2020, di tengah-tengah pelaksanaan perintah berkurung dan penutupan sempadan ketika tiada vaksin COVID-19 disediakan pada ketika itu.
Mahkamah Persekutuan Australia kemudian mendapat tahu Qantas bertindak secara menyalahi undang-undang walaupun "keperluan komersial" dinyatakan kerana ia menghalang para pekerja daripada mengakses hak mereka untuk berunding secara kolektif atau mengambil tindakan industri.
Ia kemudian menolak rayuan oleh syarikat penerbangan itu.
Dalam menjatuhkan hukuman itu, iaitu yang terbesar diarahkan oleh pihak mahkamah terhadap sebuah syarikat dalam sejarah undang-undang buruh Australia, Lee juga meneliti strategi litigasi syarikat perbangan itu.
Walaupun Qantas membuat perubahan terhadap lembaga pengarah dan pasukan pengurusannya, Lee berkata ungkapan kekesalan itu lebih selaras dengan "kerosakan" yang ditimpakan oleh kes itu terhadap syarikat itu daripada penyesalan atas bahaya yang ditimbulkan terhadap pekerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.