Skip to main content

Dunia

Qantas dapatkan perintah mahkamah cegah pihak ketiga cuba akses data dicuri

Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways pada Khamis (17 Jul) memaklumkan bahawa ia sudah mendapatkan perintah Mahkamah Agung New South Wales (NSW) untuk menghalang data yang dicuri daripada diakses atau diterbitkan oleh mana-mana pihak, termasuk pihak ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Qantas dapatkan perintah mahkamah cegah pihak ketiga cuba akses data dicuri

Pesawat Qantas Airways di terminal domestik Lapangan Terbang Sydney, Australia, pada 1 Julai 2017. (Gambar fail: REUTERS/David Gray)

AUSTRALIA: Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways pada Khamis (17 Jul) memaklumkan bahawa ia sudah mendapatkan perintah Mahkamah Agung New South Wales (NSW) untuk menghalang data yang dicuri daripada diakses atau diterbitkan oleh mana-mana pihak, termasuk pihak ketiga.

Awal bulan ini, seorang penggodam telah mencerobohi pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi berjuta-juta pelanggan Qantas. Pencerobohan data itu merupakan yang terbesar di Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa kejadian serupa turut berlaku pada 2022, membabitkan gergasi telekomunikasi Optus dan penyedia insurans kesihatan Medibank.

Menurut kenyataan syarikat itu, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa data peribadi yang dicuri daripada Qantas sudah disebarkan.

Syarikat penerbangan itu turut menyatakan pihaknya sudahpun menghubungi 5.7 juta pelanggan yang terjejas minggu lalu untuk memaklumkan jenis maklumat peribadi mereka yang bocor.

“Tiada maklumat kad kredit, data kewangan peribadi atau butiran pasport yang disimpan dalam sistem yang digodam dan dengan itu ia tidak dapat diakses,” menurut Qantas.

Qantas turut menyatakan bahawa ia kini bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Polis Persekutuan Australia, Penyelaras Keselamatan Siber Nasional dan Pusat Keselamatan Siber Australia untuk menyiasat secara menyeluruh aktiviti jenayah yang mungkin ada kaitan dengan penggodaman data tersebut.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita