Qantas Australia sahkan insiden siber sasar pusat khidmat pelanggannya; data 6 juta pelanggan terjejas
Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways, mengesahkan pada Rabu (2 Jul) bahawa insiden siber berlaku di salah satu pusat khidmat pelanggannya, sekali gus menjejas data pelanggan.
Penjenayah siber menyasarkan data pelanggan Qantas Airways.(Gambar fail: REUTERS/Kacper Pempel/Ilustrasi)
SYDNEY: Seorang penggodam siber menceroboh pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi berjuta-juta pelanggan, menurut Qantas, dalam pelanggaran keselamatan terbesar di Australia dalam beberapa tahun dan satu tamparan bagi syarikat penerbangan itu, yang sedang berusaha membina semula kepercayaan selepas krisis melibatkan reputasinya.
Penggodam tersebut menyasarkan pusat panggilan dan memperoleh akses kepada platform perkhidmatan pelanggan pihak ketiga yang mengandungi enam juta nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor ahli yang kerap melakukan penerbangan, menurut kenyataan Qantas pada Rabu (2 Julai).
Syarikat penerbangan itu menambah bahawa sistem tersebut kini sudah dikawal, tanpa memberi kesan kepada operasi atau keselamatan syarikat penerbangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.