Skip to main content

Dunia

Pyongyang tidak akan 'serang' Seoul

Anggaran Waktu Membaca:
Pyongyang tidak akan 'serang' Seoul

Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong. (Gambar fail : AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2022 03:11PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 03:12PM

SEOUL: Korea Selatan bukan tandingan dan juga bukan "musuh utama" Korea Utara, kata Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, lapor Yonhap. 

"Jika tiada sesiapa cuba lakukan provokasi terhadap kami, kami tidak akan ambil apa-apa tindakan untuk menyerang.

"Kami tidak akan melepaskan walau sebutir peluru ke arah Korea Selatan. Kerana kami tidak menganggapnya sebagai tandingan kepada angkatan tentera kami," katanya memetik laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Kim Yo Jong berkata demikian sebagai reaksi balas kepada kenyataan ketua pertahanan Korea Selatan mengenai keupayaan tentera negara itu. 

Beliau berkata walaupun Korea Utara menentang peperangan yang boleh mencetuskan “bencana” kepada Semenanjung seperti yang berlaku pada 1950-an, keadaan boleh berubah, bergantung kepada tindakan Korea Selatan. 

"Andai Korea Selatan memilih konfrontasi ketenteraan dengan kami, pasukan tempur nuklear kami akan jalankan tugasnya," katanya.

Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita