Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puting beliung ganas ragut 83 jiwa di 6 wilayah AS

Pasukan-pasukan penyelamat mengejar masa untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hidup pada Ahad (12 Dis) selepas puluhan puting beliung  merobek enam wilayah Amerika Syarikat. Bencana itu meragut 83 jiwa, menyebabkan berpuluh-puluh mangsa hilang dan sebilangan bandar rosak binasa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Puting beliung ganas ragut 83 jiwa di 6 wilayah AS

Rumah-rumah dan bangunan perniagaan hancur lebur setelah dilanda puting beliung di Mayfield, Kentucky, pad a11 Dis 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Dec 2021 10:33PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 10:39PM

MAYFIELD, Kentucky: Pasukan-pasukan penyelamat mengejar masa untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hidup pada Ahad (12 Dis) selepas puluhan puting beliung merobek enam wilayah Amerika Syarikat. Bencana itu meragut 83 jiwa, menyebabkan berpuluh-puluh mangsa hilang dan sebilangan bandar rosak binasa.

Presiden Joe Biden menyifatkan pusaran puting beliung itu, termasuk yang menempuh jarak lebih 200 batu, sebagai antara ribut terbesar dalam sejarah Amerika.

"Ia satu tragedi," ujar Encik Biden, yang berikrar akan menghulurkan bantuan kepada wilayah-wilayah terjejas, dalam satu komen yang disiarkan di televisyen.

"Kami masih tidak tahu berapa ramai jiwa terkorban dan sejauh mana kerosakannya."

Sejumlah pegawai pasukan mencari dan menyelamat membantu penduduk di bahagian tengah AS melepaskan diri dari runtuhan rumah dan tempat perniagaan mereka sepanjang malam.

Lebih 70 orang dipercayai terbunuh hanya di Kentucky saja - dengan ramai dalam kalangan mereka adalah pekerja di sebuah kilang lilin - manakala sekurang-kurangnya enam maut di sebuah gudang Amazon di Illinois. Para pekerja itu sedang bertugas syif malam dan memproseskan pesanan menjelang Krismas ketika bencana membadai.

"Bencana ini adalah kejadian puting beliung yang terburuk, yang paling dahsyat dan paling maut dalam sejarah Kentucky," kata Gabenor Wilayah Andy Beshear. Beliau bimbang "kami akan kehilangan lebih 100 orang".

Encik Beshear turut mengisytiharkan keadaan darurat di wilayah tersebut.

Puting beliung yang melanda Kentucky menggegarkan kawasan sepanjang lebih 320 kilometer, kata Encik Beshear, iaitu yang paling panjang pernah dicatatkan.

Laporan-laporan menyatakan jumlah puting beliung yang melanda wilayah itu adalah 30.

Sekurang-kurangnya 13 orang maut di wilayah-wilayah lain yang dilanda ribut, termasuk di gudang Amazon di Illinois, menjadikan angka korban sebanyak 83. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan