Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin, Xi Jinping bakal bertemu di Beijing pada Oktober

Anggaran Waktu Membaca:
Putin, Xi Jinping bakal bertemu di Beijing pada Oktober

(Gambar: AFP/SPUTNIK/Pavel Byrkin)

MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin akan ke Beijing pada October bagi rundingan bersama Presiden China Xi Jinping.

Ia adalah lawatan Encik Putin yang pertama ke luar negara sejak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Nikolai Patrushev, setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, berkata bahawa usaha Barat untuk membendung kedua-dua Rusia dan China hanya akan meningkatkan kerjasama antara dua negara itu.

"Pada oktober, kami menantikan rundingan dua hala yang menyeluruh antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping," kata Encik Patrushev seperti dinukil agensi berita Interfax ketika dalam satu mesyuarat di Mosko bersama diplomat tertinggi China, Wang Yi.



Beberapa hari sebelum lawatan Encik Xi ke Mosko, ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Encik Putin atas alasan beliau melarikan ratusan kanak-kanak dari Ukraine.

Mosko menafikan dakwaan tersebut.

Kremlin menyatakan waran tersebut adalah bukti permusuhan Barat terhadap Rusia, yang membuka kes jenayah terhadap pendakwa ICC dan hakim yang mengeluarkan waran itu.

Encik Patrushev, seorang sekutu rapat Encik Putin, berkata bahawa Rusia ingin mengukuhkan hubungan dengan China.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan