Putin, Xi Jinping akan bincang isu dua hala dan serantau
Gambar Hiasan: Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu dengan Presiden China Xi Jinping di Beijing, China pada 4 Februari 2022. (Gambar: Alexei Druzhinin/Sputnik/AFP)
Rusia mahu mempertingkatkan lagi hubungannya dengan China dalam bidang ekonomi, politik dan keselamatan sejak ia mengerahkan tentera menceroboh Ukraine pada lewat Februari lalu.
Beberapa minggu sebelum pencerobohan itu, Rusia dan China menandatangani perjanjian strategik tanpa batas.
China juga membeli lebih banyak minyak dan gas dari Rusia.
Mosko pula secara terbuka menyokong pendirian Beijing mengenai Taiwan dan menuduh negara-negara Barat cuba mencetuskan konflik berhubung isu status Taiwan.
Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang akan disatukan semula dengan China.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.