Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin, Xi ikrar era baharu, kecam Amerika Syarikat

Anggaran Waktu Membaca:
Putin, Xi ikrar era baharu, kecam Amerika Syarikat

Gambar: AP

Diterbitkan : 17 May 2024 05:24PM Dikemas Kini : 17 May 2024 05:25PM
BEIJING: Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin bersetuju untuk meneruskan hubungan yang rapat.

Semasa mengadakan pertemuan di Beijing pada Khamis (16 Mei), kedua-dua pemimpin itu berikrar untuk kedua-dua negara membina kerjasama strategik yang menyeluruh bagi satu "era baharu".

Kedua-dua presiden itu juga telah menandatangani satu kenyataan bersama yang menyebut musuh bersama mereka, iaitu Amerika Syarikat.

China dan Rusia mengesahkan kerjasama "tanpa batas" pada Februari 2022 apabila Encik Putin mengunjungi Beijing selang beberapa hari sebelum beliau mengerahkan berpuluh-puluh ribu askar ke Ukraine, sekali gus mencetuskan perang darat paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Presiden Xi dan Presiden Putin menuduh Amerika cuba mengganggu imbangan strategik.

Amerika juga dituduh mereka melakukan usaha-usaha sepihak untuk mengubah imbangan kuasa di bahagian Timur Laut Asia dengan mewujudkan blok-blok ketenteraan.

Di samping itu, Presiden Xi dan Presiden Putin menuduh Amerika merancang menempatkan peluru-peluru berpandu di rantau-rantau Asia-Pasifik dan Eropah.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan