Putin utus 'takziah' selepas nahas pesawat Wagner
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/TELEGRAM/ @grey_zone)
KUZHENKINO: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis (24 Ogos) akhirnya membuka mulut tentang nahas pesawat di mana ketua separa tentera Wagner Yevgeny Prigozhin dan anggota kanan lain dilaporkan maut.
Dalam komen disiarkan di televisyen, Encik Putin menyampaikan "takziah ikhlas kepada semua keluarga mangsa", dan menyifatkan nahas tersebut sebagai satu "tragedi".
Selain Encik Prigozhin, sembilan individu lain di dalam pesawat juga terkorban.

BACA:
Meskipun Mosko sudah membuka siasatan terhadap pelanggaran peraturan ruang udara, para penyiasat berdiam diri sejak itu, sedang spekulasi tentang pembunuhan terhadap kumpulan itu mula tersebar.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menegaskan Kyiv tidak terbabit dalam insiden itu."Saya fikir semua orang tahu perkara ini membimbangkan siapa," katanya, seperti merujuk kepada Encik Putin.
"MATLAMAT YANG SAMA"
Apabila Encik Putin memberi komen pada Khamis, beliau memberi penghormatan kepada ketua kumpulan separa tentera itu serta kumpulan yang diketuainya.
Dalam ucapan kepada warga Rusia ketika pemberontakan kumpulan Wagner pada 23 sehingga 24 Jun, di mana Encik Prigozhin memberi amaran terhadap "peperangan saudara", Encik Putin menyifatkannya sebagai "pengkhianat", meskipun beliau pernah menjadi sekutunya.
Namun pada Khamis, beliau berkata anggota Wagner yang terkorban dalam nahas tersebut sudah "membuat sumbangan besar" dalam serangan Mosko ke atas Ukraine.
Mereka mempunyai matlamat yang sama, kata Encik Putin, sambil menambah: "Kami ingat, kami sedar tentang perkara itu, dan kami tidak akan melupakannya."
Beliau berkata siasatan terhadap nahas tersebut akan mengambil masa.
"Ia akan dilakukan sepenuhnya dan ia akan diselesaikan."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.