Skip to main content

Dunia

Putin undang pemimpin Arab ke sidang puncak dengan Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Putin undang pemimpin Arab ke sidang puncak dengan Rusia

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 18 May 2025 08:52AM Dikemas Kini : 18 May 2025 08:53AM
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin menjemput semua pemimpin negara-negara Arab dan Setiausaha Agung Liga Arab untuk menghadiri Sidang Puncak Rusia-Arab pertama yang dijadual berlangsung pada 15 Oktober, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Menurut Kremlin, undangan itu disampaikan melalui kiriman mesej dari Putin kepada pemimpin Arab, bersempena dengan pelancaran Sidang Puncak Liga Arab ke-34 di Baghdad pada Sabtu (17 Mei).

Dalam mesejnya, Presiden Putin mengulangi komitmen Rusia untuk mengukuhkan dialog dengan Liga Arab dan meningkatkan hubungan persahabatan dengan semua negara anggota.

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa sidang puncak yang akan diadakan itu bakal menyumbang kepada usaha memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang serta menyokong usaha mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita