Putin tidak desak Belarus untuk berperang dengan Ukraine, kata Presiden Lukashenko
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan) bertemu Presiden Belarus Alexander Lukashenko. (Gambar: AFP)
MINSK: Presiden Rusia Vladimir Putin tidak mendesak Belarus untuk berperang dengan Ukraine, tegas Presiden Alexander Lukashenko dalam wawancara online yang diterbitkan pada Khamis (17 Ogos).
"Untuk melibatkan Belarus... apa yang kami dapat? Tiada apa-apa," kata Encik Lukashenko. Belarus berkongsi sempadan dengan Ukraine, Rusia dan tiga negara NATO termasuk Poland.
"Jika warga Ukraine tidak melintasi sempadan kami, kami tidak akan melibatkan diri dalam perang ini. Namun kami akan terus menghulurkan bantuan kepada Rusia - mereka adalah rakan sekutu kami," kata beliau kepada Diana Panchenko, wartawan Ukraine yang menyokong Rusia.
Encik Lukashenko turut berkata Encik Putin sudah mencapai matlamat-matlamatnya melakukan operasi khas tentera di Ukraine.
Dalam temu bualnya tersebut, sekutu rapat Presiden Putin itu menjelaskan, Ukraine tidak akan lagi bersikap agresif terhadap Rusia selepas perang berakhir kelak.
Presiden Lukashenko menyeru Rusia dan Ukraine mengadakan dialog tanpa syarat bagi membincangkan semua isu termasuk kawasan-kawasan Ukraine yang telah jatuh ke tangan Rusia.
Namun Presiden Lukashenko berkata, Rusia tidak akan pernah membebaskan Semenanjung Crimea yang ditakluknya dari Ukraine dalam tahun 2014.
Presiden Lukashenko sudah membenarkan Rusia menggunakan wilayah Belarus untuk melancarkan pencerobohan di Ukraine.
Malahan, Rusia telah meletakkan sebahagian senjata nuklearnya di Belarus.
Bagaimanapun Presiden Lukashenko berkata Presiden Putin tidak pernah mendesak Belarus menyertai perang di Ukraine.

Sumber : Reuters/MU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.