Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin tiba di Vietnam bagi lawatan negara

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI: Presiden Rusia Vladimir Putin tiba di Vietnam pada Khamis (20 Jun) pagi bagi rundingan bersama pemimpin Komunis negara itu. Ini adalah perhentiaannya yang terakhir dalam jelajah dua negaranya di Asia, selepas memeterai perjanjian pertahanan bersama Korea Utara.

Pesawat Encik Putin mendarat di Lapangan Terbang Hanoi, di mana beliau disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Hong Ha, dan diplomat tertinggi parti memerintah Le Hoai Trung.

Encik Putin mengalu-alukan neagra tersebut atas sokongan terhadap "cara pragmatik untuk menyelesaikan krisis" di Ukraine.

Vietnam, secara rasmi menyokong dasar asing yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkaitan hubungannya dengan negara berkuasa, elak daripada mengutuk serangan Rusia ke atas Ukraine. Langkah tersebut dianggap negara-negara Barat sebagai menyokong Kremlin.

Selain memuji pendirian "seimbang" Vietnam mengenai perang di Ukraine, Encik Putin menyenaraikan kemajuan mengenai pembayaran, tenaga dan perdagangan antara kedua-dua negara dalam rencana yang diterbitkan surat khabar Parti Komunis Vietnam, Nhan Dan.

Meskipun Korea Utara dan Rusia diasingkan dunia, Vietnam menjalinkan hubungan bersama Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).

"Lawatan Encik Putin ke Korea Utara dan Vietnam adalah untuk menunjukkan bahawa usaha Barat untuk mengasingkan Rusia tidak berkesan dan Rusia mempunyai sekutu di Asia," kata Carl Thayer, seorang pakar dalam keselamatan Vietnam di Akademi Angkatan Tentera Australia di Canberra.

Vietnam merupakan negara ketiga yang dikunjungi Encik Putin, selepas China dan Korea Utara, sejak beliau mengangkat sumpah buat penggal kelima pada Mei.

Encik Putin dijadual berjumpa ketua Parti Komunis Nguyen Phu Trong, Presiden Vietnam To Lam dan Perdana Menteri Pham Minh Chinh.


Rusia juga adalah pembekal ketenteraan terbesar Vietnam dan sebarang perjanjian senjata akan diperhatikan.

Encik Putin dijangka mengumumkan perjanjian dalam sektor perdagangan, pelaburan, teknologi dan pendidikan, kata dua pegawai kepada Reuters minggu ini, meskipun ia mungkin berubah.

Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan