Putin tiba di Beijing untuk lawatan 2 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin disambut Menteri Ehwal Luar China Wang Yi dan oegawai lain. di Lapangan Terbang Ibu Kota Beijing, 19 Mei 2026. (Gambar: Vladimir SMIRNOV / POOL / AFP)
Pemimpin Rusia itu dijadualkan menghadiri jadual lawatan yang padat di ibu negara China tersebut.
Menurut pembantu Kremlin Yury Ushakov, acara kemuncak lawatan itu ialah Presiden China Xi Jinping menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Rusia bagi sesi jamuan teh, yang membolehkan kedua-dua pemimpin membincangkan isu antarabangsa semasa.
Sesi jamuan teh itu, yang melibatkan jumlah delegasi terhad, akan didahului dengan rundingan Rusia-China melibatkan delegasi kedua-dua negara, pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang, pembukaan tahun pendidikan silang budaya, serta lawatan ke pameran bersama TASS-Xinhua mengenai sejarah hubungan antara kedua-dua negara.
Turut dijadualkan ialah pertemuan dengan jurutera muda China Peng Pai, selain beberapa acara protokol lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.