Putin tawar bantu Indonesia kembangkan tenaga nuklear
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan komitmennya untuk membantu Indonesia dalam mengembangkan loji janakuasa nuklear atau Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir (PLTN), yang disampaikannya semasa pertemuan dengan Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto di Istana Kremlin, Mosko, Rusia, pada Rabu (10 Dis).
Melanjutkan lawatan negaranya dari Islamabad, Pakistan, Presiden Prabowo tiba di Mosko, Rusia untuk bertemu Presiden Putin buat kali kedua sebagai Presiden, sejak kunjungan terakhir beliau di St. Petersburg, Rusia, pada Jun 2025.
"Kami memiliki prospek yang sangat baik dalam bidang janakuasa, termasuk pembangunan kuasa nuklear. Saya tahu bahwa negara anda memiliki rancangan sedemikian rupa, dan kami selalu siap membantu," kata Presiden Putin kepada Prabowo sebagaimana disaksikan dari tayangan langsung saluran YouTube Sekretariat Presiden pada Khamis (11 Dis).
Selain nuklear, Presiden Putin berkata Rusia juga tertarik untuk menjalin kerja sama dengan Indonesia dalam bidang industri hingga pertanian.
Hubungan kerja serta strategi tersebut terus diperdalam dalam rangka kerja bagi merangsang pertumbuhan ekonomi kedua negara.
"Kami juga memiliki banyak projek menarik dalam bidang kerjasama industri serta dalam sektor pertanian," katanya.
Selain itu, Presiden Putin berkata Rusia dan Indonesia juga sepakat mempererat hubungan kerjasama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Presiden Putin menegaskan hubungan kedua-dua negara sangat erat.
Menurut Presiden Putin, Indonesia adalah rakan baik Rusia dalam sektor kerjasama teknik ketenteraan. Beliau juga menambah bahawa ramai pakar dalam bidang tentera dan anggota pertahanan Indonesia mengikuti latihan tentera di Rusia.
Bukan hanya pertahanan, Presiden Putin juga berkata hubungan sesama masyarakat dalam bidang pelancongan terus meningkat.
Menurut beliau, pelancongan antara kedua-dua negara berkembang pesat, didorong oleh penerbangan langsung serta aturan visa yang lebih mudah.
Presiden Putin kemudian menyambut status baharu Indonesia sebagai anggota penuh BRICS. Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai perubahan geopolitik penting bagi kedudukan ekonomi global.
Sebelum itu, Presiden Putin juga menyampaikan takziah ke atas bencana banjir yang menimpa masyarakat Indonesia di Sumatra Utara, Aceh, dan Sumatra Barat.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.