Putin tandatangani dekri bagi pastikan kemantapan kewangan
Gambar: Sumber Web/Kremlin dpa
MOSCOW: Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri bagi melaksanakan langkah-langkah ekonomi sementara bagi memastikan kemantapan kewangan negara itu, umum Kremlin pada Selasa (1 Mac).
Langkah-langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap sekatan anti-Rusia yang dikenakan Amerika Syarikat serta negara-negara lain dan pertubuhan antarabangsa, menurut dekri tersebut.
la termasuk mengharamkan pemindahan mata wang asing dari Rusia yang melebihi nilai AS$10,000 (S$13,575), bermula Rabu, lapor Xinhua.
Nilai mata wang Ruble Rusia menjunam ke paras terendah pada hujung minggu lalu berikutan sekatan-sekatan pihak Barat terhadap negara itu.
Berkuat kuasa mulai Rabu juga, sekatan berhubung urus niaga sekuriti, hartanah dan pinjaman akan dikenakan ke atas warga asing yang dikaitkan dengan negara yang mengambil tindakan anti-Rusia.
Kelmarin, Presiden Putin juga menandatangani dekri yang memperkenalkan "langkah ekonomi khas" untuk mengurangkan kesan gelombang baru sekatan Barat di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.