Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin rancang larikan diri ke Amerika Selatan jika Rusia kalah perang

Anggaran Waktu Membaca:
Putin rancang larikan diri ke Amerika Selatan jika Rusia kalah perang

(Gambar: Grigory Sysoyev/Sputnik/AFP)

MOSKO: Bekas pegawai kanan Presiden Rusia Vladimir Putin mendedahkan rancangan Encik Putin untuk melarikan diri ke Amerika Selatan sekiranya Rusia kalah dalam peperangan dengan Ukraine. 

Digelar 'Operasi Noah's Ark', dakwaan itu dikeluarkan menerusi Telegram oleh bekas penulis ucapan Encik Putin, Abbas Gallyamov. 

"Seperti namanya, ia mengenai mencari tempat baru yang anda boleh pergi sekiranya tanah air anda menjadi terlalu huru-hara," kata Encik Gallyamov, seperti ditukil akhbar online news.com.au. 

"Rombongan pemimpin itu tidak mengecualikan bahawa beliau akan kalah dalam peperangan itu, hilang kuasa dan harus segera melarikan diri ke tempat lain." 

Memetik maklumat yang diberikan kepadanya melalui 'orang dalam', Encik Gallyamov turut mendedahkan bahawa pasukan Encik Putin menimbangkan Amerika Latin - khususnya Argentina dan Venezuela - sebagai pilihan-pilihan yang berpotensi. Encik Putin sebelum ini mengadakan perbicangan untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dengan Presiden Venezuela Nicolás Maduro.

Menurut sumber tersebut, sekutu kuat Encik Putin, Encik Yury Kurilin, yang bekerja rapat dengan ketua Rosneft, iaitu syarikat tenaga utama Rusia, "kini menumpukan segalanya kepada Noah's Ark". 

"Beliau memegang kerakyatan Amerika Syarikat dan mempunyai kenalan-kenalan yang baik," tulis Encik Gallyamov, yang kali terakhir bertugas di bawah rejim Encik Putin pada 2010 dan kini bertugas sebagai seorang penganalis politik bebas. 

"Beliau adalah lulusan Universiti Hayward di California, bekerja di syarikat BP, termasuk memegang jawatan tinggi sebagai Pengarah Ehwal Korporat." 

PUTIN KELUARKAN AMARAN NUKLEAR 

Rancangan itu dibocorkan sedang Encik Putin mengesahkan bahawa kemungkinan berlaku perang nuklear semakin meningkat. 

"Dari segi ancaman perang nuklear, anda memang betul, ancaman sedemikian sedang meningkat," kata Encik Putin kepada Majlis Hak Asasi Manusia Rusia di Kremlin pada Rabu (7 Dis). 

Beliau menambah,  "adalah salah untuk menyembunyikannya". 

Namun, Encik Putin mendakwa "dalam apa jua keadaan" Rusia tidak akan menggunakan  senjata pemusnah raya dan hanya akan menggunakannya sekiranya berlaku  "serangan balas". 

"Kami belum gila, kami sedar apa itu senjata nuklear," kata Encik Putin selanjutnya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan