Putin puji kerjasama kukuh Rusia-China dalam rundingan dengan Xi
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping di Beijing, China 20 May 2026. (Gambar: Reuters/Maxim Shemetov)
- Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bertemu di Beijing pada 20 Mei untuk membincangkan kerjasama dua hala.
- Kedua-dua pemimpin memuji hubungan ekonomi dan strategik yang semakin kukuh walaupun tekanan luar, termasuk sekatan Barat terhadap Rusia.
- Putin tiba di Beijing ketika Rusia menghadapi cabaran akibat perang di Ukraine dan berharap dapat mempercepat projek saluran paip gas dengan sokongan China.
- Pertemuan ini dilihat penting dalam konteks geopolitik global, dengan kedua-dua negara menegaskan keinginan untuk keamanan dan kestabilan tanpa berpakat menentang mana-mana pihak.
BEIJING: Presiden Rusia Vladimir Putin memuji momentum "kukuh dan positif" dalam kerjasama antara Rusia dan China, semasa beliau mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Xi Jinping di Beijing pada Rabu (20 Mei).
"Walaupun di tengah-tengah faktor luaran yang tidak menyebelahi kami, kerjasama kita termasuk kerjasama ekonomi menunjukkan momentum yang kukuh dan positif," kata Encik Putin kepada Encik Xi ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu di Dewan Besar Rakyat China, menurut paparan video daripada media Rusia.
Sementara itu, media rasmi China melaporkan Encik Xi memuji hubungan China-Rusia yang disifatkannya sebagai "tidak mudah goyah".
Pertemuan antara Encik Xi dan Encik Putin diadakan sejurus selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke ibu negara China itu. Gambaran serta hasil pertemuan ini akan diperhatikan dengan teliti oleh pelbagai pihak.
Encik Putin disambut oleh Menteri Luar China Wang Yi sebaik sahaja beliau mendarat pada Selasa malam (19 Mei). Upacara sambutan di landasan kapal terbang itu turut disertai oleh pasukan kawalan kehormat serta barisan belia China yang mengibarkan bendera kedua-dua negara.
Encik Xi menyambut ketibaan Encik Putin di Dewan Besar Rakyat China pada Rabu melalui satu majlis sambutan rasmi.
Encik Putin tiba di Beijing dalam keadaan negaranya yang semakin melemah akibat perang bertahun-tahun dengan Ukraine, di samping sekatan ekonomi oleh kuasa-kuasa Barat yang menjejaskan hasil pendapatan tenaga Rusia.
Bagaimanapun, dengan peperangan Washington di Iran kini membuka peluang untuk mendesak rakan kongsi yang memerlukan bekalan tenaga alternatif, Encik Putin mungkin menggunakan kesempatan ini untuk menggesa China supaya mempercepatkan projek saluran paip gas utama mereka.
Dari segi ekonomi, Mosko sememangnya sudah sangat bergantung kepada Beijing, yang merupakan pembeli utama minyak Rusia yang dikenakan sekatan.
Dalam mesej video kepada rakyat China yang dikeluarkan beberapa jam sebelum ketibaannya pada Selasa (19 Mei), Encik Putin menyatakan bahawa hubungan kedua-dua negara mencapai "tahap yang benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini" dan "perdagangan antara Rusia dan China terus berkembang".
"Hubungan strategik yang erat antara Rusia dan China memainkan peranan utama yang menstabilkan keadaan di peringkat global. Tanpa berpakat untuk menentang sesiapa, kami mahukan keamanan dan kemakmuran sejagat," kata Encik Putin, dalam satu kenyataan yang secara halus menyindir Amerika Syarikat.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.