Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin perjelas perkembangan perang Ukraine, gantung penyertaan perjanjian senjata nuklear Rusia-AS

Anggaran Waktu Membaca:
Putin perjelas perkembangan perang Ukraine, gantung penyertaan perjanjian senjata nuklear Rusia-AS

Presiden Rusia Vladimir Putin memberi ucapan di Pusat Persidangan Gostiny Dvor di Moscow pada 21 Februari 2023. (Gambar: Dmitry Astakhov/Sputnik/AFP)

MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin menjelaskan perkembangan peperangan di Ukraine selepas setahun serangan dibuat hingga mencetuskan konfrontasi terbesar dengan Barat, sejak Perang Dingin.

Ia dibentangkan dalam ucapan tahunan pemimpin negara di hadapan Perhimpunan Persekutuan, kepada semua Anggota Parlimen, pegawai pemerintah, komander tentera dan askar pada Selasa (21 Feb).

Ucapan Encik Putin itu berlangsung hampir dua jam, sebahagian besarnya merujuk kepada perang di Ukraine dengan beliau menegaskan Rusia tidak akan berganjak selagi Ukraine tidak tunduk.  

Rusia menyebut pencerobohannya itu sebagai operasi khas tentera dan Presiden Putin berkata ia akan diteruskan sehingga matlamatnya dicapai.

Beliau juga mengumumkannegara itu akan terus mematuhi had jumlah kepala peledak nuklear yang boleh dikerahkan, walaupun ia telah menggantung penyertaannya  dalam Perjanjian Senjata Serangan Strategik atau START dengan Amerika Syarikat (AS).

Dalam ucapan beliau itu, Presiden Putin juga mengulangi tuduhannya bahawa pihak Barat mahu memusnahkan Rusia dan menguasai kemudahan-kemudahan nuklearnya.

Di bawah perjanjian START AS dan Rusia tidak boleh mengerahkan lebih daripada 1,550 kepala peledak nuklear dan tidak lebih 700 peluru berpandu jarak jauh serta pesawat pengebom.

Dua kuasa besar itu memiliki sekitar 90 peratus daripada keseluruhan kepala peledak nuklear di dunia.

Sejak Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari tahun lalu, kebimbangan semakin meningkat kemungkinan terjadi konfrontasi nuklear.

Presiden Putin pernah berkata beliau siap untuk melakukan semua cara bagi mempertahankan keutuhan wilayah Rusia.

Rusia telah menakluki Semenanjung Crimea dari Ukraine dan sedang berusaha untuk menguasai beberapa wilayah timur Ukraine.

Sumber : Agensi berita/MU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan