Skip to main content

Dunia

Putin pelawa Trump ke Mosko bagi sidang puncak kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Putin pelawa Trump ke Mosko bagi sidang puncak kedua

Presiden Amerika Donald Trump lambai tangan sebelum menaiki Air Force One selepas sidang puncak dengan Presiden Putin. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 16 Aug 2025 10:02AM Dikemas Kini : 16 Aug 2025 10:03AM
ALASKA: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat (15 Ogos) mempelawa rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengadakan sidang puncak seterusnya di Mosko.

Beliau membuat pelawaan itu semasa sidang media menyusuli sidang puncak yang diadakan di Alaska yang memberi perhatian kepada huraian bagi konflik di Ukraine.

"Lain kali di Mosko," kata Encik Putin kepada Encik Trump dalam bahasa Inggeris selepas presiden Amerika Syarikat itu mengucapkan terima kasih sambil berkata bahawa beliau "barangkali akan bertemu anda sekali lagi dalam masa terdekat".

"Oh, ini sesuatu yang menarik," balas Encik Trump. "Saya akan berdepan sedikit tekanan berhubung hal itu, tapi saya rasa ia boleh berlaku."

Presiden Vladimir Putin pada Jumaat (15 Ogos) berkata beliau berharap perjanjian-perjanjian yang dicapai semasa sidang puncak dengan Encik Trump boleh menjadi asas bagi memulihkan hubungan antara Rusia dengan Amerika Syarikat.

"Saya jangkakan perjanjian hari ini akan menjadi rujukan, bukan sahaja untuk huraikan masalah warga Ukraine, tetapi juga mula memulihkan perniagaan-perniagaan, hubungan pragmatik antara Rusia dengan Amerika Syarikat," kata Encik Putin.

Beliau berkata ada kemungkinan besar kedua-dua negara boleh menjalinkan kerjasama perniagaan dan pelaburan dalam bidang seperti tenaga, teknologi, penerokaan angkasa lepas dan di Kutub.

"Sama mempunyai segala sebab untuk percaya bahawa dengan cara ini, kami boleh mencapai penghujung bagi konflik Ukraine secepat mungkin," kata beliau di sidang media yang mana kedua-dua pemimpin tidak menjawab sebarang soalan wartawan.

Encik Putin, bagaimanapun, tidak menyatakan dengan jelas apa yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita