Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin mungkin akan ditahan jika jejakkan kaki di Afrika Selatan

Presiden Rusia Vladimir Putin, yang dijadual melawat Afrika Selatan pada Ogos, mungkin akan ditahan jika beliau menjejakkan kaki di wilayah Cape Western, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pemimpin wilayah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin mungkin akan ditahan jika jejakkan kaki di Afrika Selatan

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Olga Maltseva/AFP)

Diterbitkan : 29 Apr 2023 11:45AM Dikemas Kini : 29 Apr 2023 11:47AM
JOHANNESBURG: Presiden Rusia Vladimir Putin, yang dijadual melawat Afrika Selatan pada Ogos, mungkin akan ditahan jika beliau menjejakkan kaki di wilayah Western Cape, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pemimpin wilayah itu.

"Putin secara konsisten dan ganas menghakis kebebasan rakyat Ukraine dan terhadap mereka di negaranya sendiri yang berani mengambil pendirian menentang tindakan kejamnya," kata perdana menteri wilayah itu, Alan Winde, dalam satu kenyataan pada Khamis (27 Apr).

Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Encik Putin yang dijangka menghadiri persidangan BRICS di wilayah Western Cape.

BRICS ialah negara blok ekonomi  yang merangkumi Rusia, Brazil, India, China dan Afrika Selatan.

Awal bulan ini, Presiden Cyril Ramaphosa berkata parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah memutuskan untuk menarik diri daripada ICC.

Namun, pejabatnya serta-merta menarik balik kenyataan itu dengan mengatakan ia merupakan kesilapan komunikasi dan Afrika Selatan akan kekal sebagai penandatangan Statut Rom.

"Walaupun ada waran tangkap, pemerintah nampaknya mahu meneruskan dan menjadi tuan rumah kepada Presiden Putin di sidang puncak BRICS di Afrika Selatan yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Ini tidak boleh diterima dan menyedihkan,” kata Encik Winde.

Beliau berkata jika Encik Putin datang ke Western Cape, pegawai Pelan Penguatkuasaan Undang-undang (LEAP) yang dibiayai pemerintah Western Cape sendiri akan menahannya.

"Jika Perkhidmatan Polis Afrika Selatan tidak diarahkan untuk bertindak, kami akan melakukannya," katanya.

Encik Winde menambah wilayahnya, termasuk bandar pelancongan Cape Town, bukan sahaja akan memperjuangkan hak asasi dan kebebasan rakyat Afrika Selatan, bahkan bersedia untuk menunjukkan solidariti dengan Ukraine dengan mengambil pendirian menentang kekerasan Rusia ke atas orang awamnya.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan