Putin mohon maaf kepada presiden Azerbaijan atas "insiden tragis" pesawat terhempas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu (28 Dis) memohon maaf kepada Encik Ilham Aliyev, iaitu presiden Azerbaijan, atas "insiden tragis" yang berlaku di ruang udara Rusia melibatkan sebuah pesawat penumpang Azerbaijan Airlines yang terhempas minggu ini.
Pesawat J2-8243 terhempas dan terbakar berdekat bandar Aktau di Kazakhstan selepas dilencongkan dari selatan Rusia di mana dron-dron Ukraine dilaporkan menyerang beberapa bandar. Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban manakala 29 selamat.
"(Presiden) Vladimir Putin memohon maaf atas insiden tragis yang berlaku di ruang udara Rusia dan sekali lagi menzahirkan sedalam-dalam takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka cedera cepat sembuh," menurut Kremlin dalam satu kenyataan.
"Dalam satu perbualan, dinyatakan bahawa sebuah pesawat penumpang Azerbaijan yang dalam perjalanan mengikut jadualnya, berulang kali cuba mendarat di lapangan terbang Grozny. Pada waktu itu, Grozny, Mozdok dan Vladikavkaz diserang oleh dron Ukran, dan sistem pertahanan udara Rusia membalas serangan tersebut," menurut kremlin.
Panggilan telefon Encik Putin dengan Encik Aliyev dibuat selepas timbul spekulasi bahawa pertananan udara Rusia mungkin secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat itu.
Empat sumber yang dekat dengan dapatan siasatan awal ke atas insiden itu memberitahu Reuters pada Khamis bahawa pertahanan udara Rusia secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat itu.
Encik Ilham Aliyev berkata pesawat itu "berdepan dengan gangguan fizikal dan teknikal luaran di ruang udara Rusia, menyebabkan ia hilang kawalan sepenuhnya dan dilencongkan ke bandar Aktau di Kazakh," menurut pejabat presiden Azerbaijan.
Pesawat Embraer EMBR3.SA itu melakukan penerbangan dari Baku ibu kota Azerbaijan ke Grozny, di daerah selatan wilayah Chechnya Rusia, sebelum dilencongkan ratusan batu di Laut Caspian.
Semasa perbualan itu, Encik Putin berkata pertahanan udara negaranya sedang aktif semasa pesawat tersebut cuba mendarat. Pemimpin negara Rusia itu bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan bertanggungjawab atas insiden pesawat terhempas.
Menurut Kremlin kedua-dua pemimpin membincangkan "secara mendalam" mengenai insiden tersebut.
Kremlin menambah pihaknya sedang bekerjasama dengan Azerbaijan dan Kazakhstan mengenai insiden pesawat terhempas itu.
Kenyataan oleh para pegawai Azerbaijan menunjukkan bahawa Baku yakin pesawat tersebut ditembak semasa di udara, sementara Amerika menyatakan pihaknya ada "tanda-tanda awal" bahawa pertahanan udara Rusia mungkin bertanggungjawab atas insiden pesawat terhempas itu.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.