Putin lakukan lawatan mengejut ke Mariupol di Ukraine

(Gambar: Handout/Russian Presidential Press Office/AFP)
MARIUPOL: Sehari selepas dituduh melakukan jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Presiden Rusia Vladimir Putin melakukan lawatan mengejut ke Mariupol, sebuah bandar di Ukraine yang ditawan Rusia, yang turut merupakan salah satu tempat yang paling terjejas oleh pencerobohan Rusia.
Stesen televisyen tempatan menunjukkan Encik Putin dibawa sekitar bandar itu pada Sabtu malam (18 Mac), bertemu dengan penduduk yang ditempatkan semula dan diberi taklimat mengenai usaha pembangunan semula oleh Timbalan Perdana Menteri Marat Khusnullin, lapor Reuters.
Bandar pelabuhan Mariupol dikenali di seluruh dunia sebagai kata-kata untuk menggambarkan kematian dan kemusnahan kerana sebahagian besar bandar itu punah-ranah dalam masa beberapa bulan pertama perang sebelum bandar tersebut akhirnya jatuh ke tangan tentera Rusia pada Mei.
Beratus-ratus orang terbunuh apabila sebuah teater dibedil dalam serangan bom di mana keluarga yang beranak pinak sedang berlindung. Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) menyatakan, pengeboman hospital bersalin di bandar tersebut dianggap sebagai satu jenayah perang.
Mosko bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa sejak ia mencerobohi Ukraine pada 24 Februari 2022, ia tidak menyasarkan orang awam.
Lawatan Encik Putin ke Mariupol menunjukkan sikap ingkar beliau setelah ICC mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada Jumaat (17 Mac), sekali gus menuduhnya melakukan jenayah perang kerana mengusir ratusan kanak-kanak dari Ukraine.
BACA:
Encik Putin bagaimanapun setakat ini belum mengulas mengenai langkah tersebut, tetapi jurucakap beliau berkata, ia “tidak sah” dari segi undang-undang dan Rusia mendapati pertanyaan yang dikemukakan ICC itu “mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali”.
Lawatan ke bandar pelabuhan itu merupakan lawatan pertama yang dilakukan Encik Putin ke kawasan-kawasan di wilayah Donbas, Ukraine yang dikuasai Rusia sejak perang tercetus dan paling dekat dengan medan perang.
Walaupun Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy melakukan beberapa lawatan ke medan perang untuk menaikkan semangat pasukannya dan berbincang mengenai strategi, Encik Putin sebahagian besarnya berada di Kremlin sambil melaksanakan apa yang Rusia menyifatkan sebagai “operasi tentera khas” di Ukraine.
Encik Putin menaiki helicopter untuk menuju ke Mariupol setelah melawat Crimea sempena genap sembilan tahun ia dirampas Rusia dari Ukraine.
Dari Mariupol, beliau menuju ke Rostov di selatan Rusia di mana televisyen setempat pada Ahad (19 Mac) menunjukkan beliau bertemu Ketua Turus Am Valery Gerasimov, komander tentera Rusia di Ukraine.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.