Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin lakukan lawatan mengejut ke 2 wilayah Ukraine dikawal Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Putin lakukan lawatan mengejut ke 2 wilayah Ukraine dikawal Rusia

(Gambar fail: AFP/Gavriil Grigorov/Sputnik)

Diterbitkan : 19 Apr 2023 02:31PM Dikemas Kini : 19 Apr 2023 02:32PM
ISTANBUL: Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengadakan lawatan mengejut ke wilayah Luhansk dan Kherson di Ukraine, menurut Kremlin pada Selasa (18 Apr).

Encik Putin melawat ibu pejabat kumpulan tentera "Dnepr" untuk membincangkan situasi di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia, menurut kenyataan Kremlin, lapor agensi berita Anadolu.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan di ibu pejabat Pengawal Kebangsaan Vostok di Luhansk, menurut kenyataan itu lagi.

Pada September lalu, wilayah Donetsk dan Luhansk di Ukraine dan bahagian Zaporizhzhia dan Kherson yang dikawal Rusia telah mengadakan referendum untuk menyertai Rusia.

Mosko sejak itu mengisytiharkan wilayah-wilayah tersebut adalah sebahagian daripada Rusia, satu langkah yang ditolak oleh Ukraine dan masyarakat antarabangsa.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan