Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin, Kim setuju perkukuh hubungan Rusia dan Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
Putin, Kim setuju perkukuh hubungan Rusia dan Korea Utara

(Gambar: AFP/Gavriil GRIGOROV)

SEOUL: Presiden Rusia Vladimir Putin Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bersetuju untuk memperkukuh hubungan negara mereka, yang kini muncul sebagai kubu strategik, ketika pertemuan pada hari pertama dalam lawatan Encik Putin ke Pyongyang pada Rabu (19 Jun).

Demikian menurut laporan media Korea Utara.

Encik Kim menjemput Encik Putin pada Rabu pagi di Lapangan Terbang Pyongyang, sambil berjabat tangan, berdakapan dan berbual.

Encik Putin membuat lawatan pertamanya ke Korea Utara dalam 24 tahun, dengan berjanji untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan negara yang mempunyai nuklear itu, dan menyokongnya menentang Amerika Syarikat.

Pertemuan di antara kedua-dua pemimpin tersebut menunjukkan persahabatan dan perpaduan yang "kukuh dan bertahan lama" antara Korea Utara dengan Rusia, lapor agensi berita KCNA.

Hubungan Korea Utara dan Rusia "muncul sebagai kubu strategik bagi memelihara keadilan, keamanan dan keselamatan serta pemacu untuk mempercepatkan pembinaan dunia pelbagai polar yang baharu," tambah KCNA.

Para pegawai di Washington dan Seoul berkata bahawa Korea Utara membekalkan senjata kepada Rusia bagi membantunya dalam perang di Ukraine.

Mosko dan Pyongyang menyangkal sebarang pemindahan senjata, namun berjanji untuk mempertingkatkan hubungan ketenteraan, yang mana ia mungkin mengadakan latihan ketenteraan bersama.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan