Putin, Ketua PBB dan NATO ucap takziah atas serangan pengganas di Turki
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Pool/AP)
HAMILTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu (23 Okt) mengucapkan takziah kepada Turki menyusuli serangan pengganas yang menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara, Ankara.
"Kami sedang menunggu maklumat lanjut, tetapi mengutuk serangan ini terhadap orang awam. Kami menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap semua yang cedera akan pulih sepenuhnya," kata timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq, kepada Anadolu bagi pihak Encik Guterres.
Menurut Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya, lima orang maut dalam serangan itu manakala 22 yang lain cedera.
Dua pengganas turut terbunuh, katanya.
Beliau menyeru orang ramai supaya mendapatkan perkembangan terkini hanya melalui kenyataan daripada sumber rasmi.
Di Kazan, Presiden Rusia Vladimir Putin turut mengucapkan takziah kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan atas serangan pengganas itu.
Bercakap secara peribadi di luar Sidang Puncak BRICS yang dihadiri Encik Erdogan sebagai tetamu, Presiden Putin berkata: "Tuan Presiden yang dihormati, rakan-rakan sekalian, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran anda ke Kazan. Namun, sebelum kita memulakan tugasan, saya ingin menyampaikan takziah berhubung serangan pengganas ini.
Presiden Putin menambah, Rusia mengutuk sebarang bentuk keganasan.
Agensi Anadolu melaporkan, Setiausaha Agung NATO turut menyatakan perpaduannya dengan Turki.
"Laporan mengenai kematian dan kecederaan di Ankara sangat membimbangkan. NATO menyokong sekutu kami, Turki," kata Mark Rutte di platform X.
"Kami mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan sedang memantau perkembangan dengan teliti," tambah Encik Rutte.
Pasukan keselamatan, bomba dan paramedik sudahpun dikerahkan ke tempat kejadian.
Dilaporkan kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan.
Pendakwa raya Turki sudahpun melancarkan siasatan terhadap serangan pengganas yang menyasarkan kemudahan itu, menurut laporan berkenaan.

Sumber : Bernama/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.