Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin isytihar kerahan tentera, sebilangan warga Rusia larikan diri

Anggaran Waktu Membaca:
Putin isytihar kerahan tentera, sebilangan warga Rusia larikan diri

Rakyat Rusia tiba di Lapangan Terbang Zvartnots di Yerevan, Armenia pada 21 September 2022. (Gambar: Karen Minasyan/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 11:10PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 11:10PM

KYIV: Beberapa lelaki Rusia yang layak untuk kerahan tentera, didakwa melarikan diri ke luar negara pada Khamis (22 Sep). 

Ia susulan tindakan Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan pengerahan separa tentera Rusia di tengah-tengah kejayaan Ukraine merampas semula beberapa wilayah yang diduduki. 

Kempen terbaru Presiden Putin itu  merancakkan lagi perang yang sudah meragut ribuan nyawa, menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal serta memusnahkan bandar-bandar dan menghidupkan semula konflik Perang Dingin. 

"Setiap orang bimbang," kata seorang lelaki yang hanya ingin dikenal pasti sebagai Sergey yang mendarat di Belgrade selepas terbang dari Mosko. 

"Tidak salah jika takut dengan perang." 

Tunjuk perasaan antiperang di 38 bandar Rusia menyaksikan lebih 1,300 rakyat Rusia diberkas pada Rabu (21 Sep), menurut sebuah kumpulan pemantau, dengan lebih banyak lagi  dirancang sepanjang hujung minggu. 

Sebilangan penunjuk perasaan yang ditahan itu diarah untuk melaporkan diri di pejabat pendaftaran pada Khamis (22 Sep), iaitu hari pertama kerahan tentera, lapor agensi-agensi berita bebas. 

Menteri Pertahanan Rusia berkata kerahan itu menyasarkan sekitar 300,000 lelaki. 

Harga tiket penerbangan dari Mosko melonjak lebih AS$5,000 (S$7,082) bagi penerbangan sehala ke lokasi-lokasi luar negara berdekatan, dengan sebilangan besar sudah habis dijual untuk hari-hari mendatang. 

Aliran trafik juga menjadi sibuk di lintasan sempadan dengan Finland dan Georgia. 

Seorang lelaki Rusia yang tiba di Lapangan Terbang Istanbul berkata beliau meninggalkan negara tersebut sebahagiannya kerana keputusan Kremlin. 

"Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah bagi ramai warga Rusia," kata Alex. 

Rusia menolak laporan pembanjiran keluar warganya itu yang disifatkan sebagai digembar-gemburkan.

Syarikat penerbangan negara, Aeroflot, menyatakan ia akan memulangkan wang kepada mereka yang tidak dapat menaiki penerbangan seperti yang dirancangkan kerana mereka sudah menerima panggilan untuk melaporkan diri. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa