Putin isytihar gencatan senjata 3 hari pada Mei sempena ulang tahun ke-80 sejak menang Perang Dunia II
Anggaran Waktu Membaca:

Para penyelamat di bangunan yang diserang peluru berpandu Rusia, 24 Apr 2025. (Gambar: Reuters/Valentyn Ogirenko)
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin (28 Apr) mengisytiharkan gencatan senjata tiga hari bagi perang dengan Ukraine pada bulan depan sempena ulang tahun ke-80 kemenangan Soviet Union dan sekutu-sekutunya dalam Perang Dunia II.
Menurut Kremlin berkata gencatan senjata 72 tahun itu akan bermula dari 8 Mei hingga 10 Mei, dan Rusia menggesa Ukraine untuk turut serta.
"Rusia percaya bahawa pihak Ukraine harus mengikuti contoh ini. Sekiranya berlaku pelanggaran gencatan senjata oleh Ukraine, angkatan bersenjata Rusia akan memberikan tindak balas mencukupi dan segera," menurut Kremlin.
Kremlin juga menyatakan Rusia sekali lagi mengisytiharkan kesediaannya bagi rundingan damai tanpa prasyarat.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.