Putin ikrar hukum 'pengkhianat' dari pasukan askar upahan Wagner dituduh memberontak
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Russian Presidential Press Service menerusi AP
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin bertegas bahawa sebarang "pemberontakan bersenjata" oleh pasukan askar upahan Wagner adalah satu pengkhianatan, sambil menambah bahawa "pengkhianat" yang menyerang tentera Rusia akan dihukum.
Dalam satu ucapan ke seluruh negara pada Sabtu (24 Jun)
Presiden Putin menekankan bahawa beliau akan melakukan apa saja untuk melindungi Rusia, dan "tindakan tegas" akan diambil untuk menstabilkan keadaan di Rostov-on-Don, sebuah bandar di selatan negara itu.
Ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin, berkata pasukannya sudah menawan semua aset tentera di kawasan tersebut.
Encik Putin berkata "cita-cita yang keterlaluan serta kepentingan diri sendiri telah menyebabkan pengkhianatan tersebut berlaku", sambil menyifatkan pengkhianatan berkenaan sebagai satu perbuatan 'tikam belakang.'
"Mereka yang sengaja mengambil haluan untuk mengkhianat, siap melakukan pemberontakan bersenjata, dengan memeras ugut dan melakukan pengganasan, akan berdepan dengan hukuman, akan bertanggungjawab menghadapi undang-undang dan berdepan dnegan rakyat kita."

BACA:
Ketua Wagner sebelum ini pada Sabtu berkata pasukannya sudah memasuki Rusia dan merampas kuasa ke atas ibu pejabat tentera utama, sambil berikrar untuk menggulingkan kepimpinan tentera negara itu.
Beliau menarik perhatian bahawa beliau berserta 25,000 pejuangnya yang lain "siap untuk mati".
Jeneral-jeneral Rusia menuduh Prigozhin atas cubaan "rampasan kuasa" sementara panglima tertinggi Rusia di Ukraine, Sergey Surovikin, menggesa pejuang-pejuang Wagner untuk mematuhi arahan Presiden Putin.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.