Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin, Erdogan setuju pertingkat kerjasama, tukar pembayaran gas kepada mata wang Rusia

Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Turki, Tayyip Erdogan, pada Jumaat (5 Ogos) bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam industri-industri pengangkutan, pertanian, kewangan serta binaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin, Erdogan setuju pertingkat kerjasama, tukar pembayaran gas kepada mata wang Rusia

Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan (kiri) semasa satu pertemuan di Sochi pada 5 Ogos 2022. (Gambar: Vyacheslav Prokofyev dan Vyacheslav PROKOFYEV / POOL / AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2022 07:43AM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 07:43AM
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Turki, Tayyip Erdogan, pada Jumaat (5 Ogos) bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam industri-industri pengangkutan, pertanian, kewangan serta binaan.

Kedua-dua pemimpin itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan bersama selepas bersidang selama empat jam, lapor Reuters.

Turki menjadi pengantara bagi perjanjian yang ditandatangani oleh Ukraine, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Istanbul pada bulan lalu di mana eksport bijirin dari pelabuhan Laut Hitam di Ukraine disambung semula selepas beberapa bulan disekat.

Dalam kenyataan bersama itu, Encik Putin dan Encik Erdogan menekankan keperluan untuk "pelaksanaan sepenuhnya perjanjian Istanbul, termasuk eksport bijirin, baja dan bahan mentah Rusia tanpa halangan bagi pengeluarannya."

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju untuk menukarkan sebahagian daripada pembayaran bagi gas Rusia kepada mata wang Rusia, rubel, Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak memberitahu para wartawan selepas perbincangan tersebut.

Encik Putin dan Encik Erdogan turut "menegaskan lanjut keazaman mereka untuk bertindak dalam penyelarasan dan perpaduan menentang semua pertubuhan pengganas" di Syria.

Ankara sudahpun menjalankan beberapa operasi di utara Syria sejak 2016, merampas tanah seluas ratusan kilometer dan menyasarkan kumpulan militan YPG Kurdish, sekalipun mendapat tentangan daripada Mosko.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa