Putin enggan ulas kehadiran askar Korea Utara di Rusia
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Pool/AP)
KAZAN: Presiden Rusia Vladimir Putin enggan menjelaskan kehadiran tentera Korea Utara di negaranya.
Ketika ditanya sama ada laporan itu sahih, Presiden Putin tidak mengesahkan mahupun menafikannya.
Sebelum ini, Amerika Syarikat menerbitkan gambar yang menunjukkan kehadiran tentera Korea Utara di negara itu.
Amerika mendakwa, Rusia sedang melatih tentera Korea Utara untuk dikerahkan ke medan perang di Ukraine.
“Gambar adalah satu perkara yang serius. Jika ada gambar, maka ia mencerminkan sesuatu,” kata Presiden Putin, seperti dipetik Astro Awani.
Katanya lagi, sebarang bentuk kerjasama tentera dengan negara jirannya itu adalah hasil daripada perjanjian terbaharu yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.
“Seperti yang anda tahu, perjanjian pertahanan strategik kami telah disahkan hari ini.
“Terdapat Artikel 4 dalam perjanjian itu, dan kami tidak pernah meragui kepimpinan Korea Utara yang memandang serius perjanjian ini.
“Tapi apa yang kami lakukan (dengan perjanjian itu) dan bagaimana kami akan melakukannya, bergantung kepada kami,” tegas Presiden Rusia itu lagi, seperti dinukil Astro Awani.
Presiden Putin mendakwa, tenteranya sedang mara dengan lancar di Ukraine dan kini berjaya memerangkap sejumlah besar tentera Ukraine di daerah Kursk.
Perang Rusia-Ukraine tercetus apabila Presiden Putin mengarahkan tenteranya menyerang Ukraine pada Februari 2022.
Walaupun berjaya mara dengan pantas pada fasa awal, momentum Rusia menurun dalam bulan-bulan seterusnya, menyebabkan barisan hadapan perang tersebut statik sejak setahun lalu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.