Skip to main content

Dunia

Putin enggan tolak ansur dengan Ukraine, dakwa 'rompakan' EU gagal

Anggaran Waktu Membaca:
Putin enggan tolak ansur dengan Ukraine, dakwa 'rompakan' EU gagal
Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri sidang media hujung tahun tahunannya dan menelefon di Mosko, Rusia pada 19 Disember 2025. (Gambar: Sputnik/Gavriil Grigorov/Reuters)
MOSKO: Presiden Vladimir Putin enggan bertolak ansur dengan syaratnya untuk menamatkan perang di Ukraine pada Jumaat (19 Dis) dan menuduh Kesatuan Eropah (EU) "terang-terang cuba untuk merompak" aset Rusia.

Encik Putin menegaskan pendirian Kremlin tentang perang itu semasa pembukaan sidang akhbar akhir tahun tahunannya, acara yang biasanya berlangsung selama kira-kira empat jam.

Beliau berkata beliau tidak melihat kesediaan di pihak Ukraine untuk bersetuju dengan perjanjian damai, tetapi terdapat "isyarat tertentu" yang ia sanggup berdialog.

"Satu-satunya perkara yang ingin saya katakan ialah: kami bersedia dan sanggup menamatkan konflik ini secara aman, berdasarkan prinsip yang saya gariskan pada Jun lalu di Kementerian Luar Negeri Rusia, dan dengan menangani punca utama yang membawa kepada krisis ini," kata Encik Putin.

Beliau merujuk kepada ucapan 18 bulan lalu di mana beliau menuntut agar Ukraine mengabaikan cita-citanya untuk menyertai pakatan tentera NATO dan menarik diri sepenuhnya daripada empat wilayah yang dituntut Rusia sebagai miliknya. Kyiv enggan melepaskan tanah yang gagal ditawan oleh tentera Mosko selepas hampir empat tahun perang.

PENILAIAN SITUASI MEDAN PERANG

Encik Putin berucap beberapa jam selepas pemimpin Kesatuan Eropah mengetepikan rancangan untuk menggunakan aset Rusia yang dibekukan sebagai sokongan untuk pinjaman kepada Ukraine, sebaliknya memutuskan untuk meminjam wang tunai bagi membantu membiayai pertahanan Kyiv terhadap Rusia bagi dua tahun akan datang.

Para pemimpin EU berkata mereka berhak menggunakan aset Rusia untuk membayar balik pinjaman tersebut jika Mosko gagal membayar pampasan perang kepada Ukraine.

Encik Putin berkata blok itu menarik diri daripada skim asal kerana ia akan berdepan akibat yang serius, dan mengeruhkan statusnya sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan aset.
Related article image
Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri sidang akhbar hujung tahun tahunannya dan menelefon di Moscow, Rusia pada 19 Disember 2025. (Gambar: Sputnik/Alexander Kazakov/Reuters)
SITUASI DI BARISAN HADAPAN

Encik Putin membentangkan penilaian terperinci tentang situasi medan perang, sambil berkata Rusia sedang mara di sepanjang barisan hadapan dan pasukan Ukraine sedang berundur.

Beliau turut memberi masa kepada Naran Ochir-Goryaev berhujah, seorang leftenan kanan dan Wira Rusia yang dianugerahkan gelaran yang menggambarkan peranannya dalam serangan Rusia ke atas bandar Siversk di Ukraine.

Encik Putin memohon maaf kepada balu seorang askar yang terkorban dalam pertempuran, yang mendakwa keluarganya belum menerima pampasan yang sewajarnya.

Ukraine menyatakan Rusia ada raih kelebihan namun mengakibatkan korban yang besar. Ia mendakwa sedang menawan semula di lokasi seperti Kupiansk di timur laut, yang dikatakan Rusia sudah ditawannya bulan lalu.

Kyiv sudah sekian lama menggesa gencatan senjata sambil menyatakan bahawa ia tidak percaya Putin serius untuk capai kedamaian. Rusia bagaimanapun mendakwa bahawa Ukraine yang enggan berbincang.

Encik Putin berkata ekonomi Rusia yang merudum - kepada pertumbuhan 1 peratus tahun ini daripada 4.3 peratus pada 2024 - adalah hasil tindakan terancang oleh bank pusat untuk mengurangkan kadar inflasi.

Semasa sidang akhbarnya sedang berlangsung, bank itu - di bawah tekanan berat daripada perniagaan, bank lain dan beberapa ahli politik untuk menurunkan kadar faedah - mengumumkan ia akan mengurangkan kadar utamanya sebanyak setengah peratusan mata kepada 16 peratus.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita