Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin dakwa Kyiv tidak sedia adakan rundingan damai

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Ukraine boleh menggunakan cara sah untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin dakwa Kyiv tidak sedia adakan rundingan damai

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Pool/AP)

Diterbitkan : 29 Jan 2025 10:33AM Dikemas Kini : 29 Jan 2025 10:34AM
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Ukraine boleh menggunakan cara sah untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara itu.

Encik Putin juga mendakwa Mosko tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk mengadakan perbincangan.

Namun, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyangkal kenyataan itu dan mempersoalkan kesahihannya.

Menurut Encik Zelensky, Presiden Rusia itu sebenarnya enggan berunding dan hanya ingin melanjutkan konflik tersebut.

Encik Putin sebaliknya menjelaskan bahawa rundingan sukar untuk diadakan kerana mandat Encik Zelenskyy sebagai presiden telah tamat.

Encik Putin bahkan mendakwa Encik Zelensky tidak memiliki kuasa undang-undang untuk menandatangani dokumen rasmi.

Menurut Encik Putin, jika Ukraine benar-benar mahu berunding, cara undang-undang boleh diatur.

Beliau mencadangkan pengerusi parlimen Ukraine menjalankan tanggungjawab mengikut perlembagaan.

Encik Putin berkata jika Ukraine bersedia untuk berkompromi, sesiapa sahaja yang dianggap sesuai boleh menerajui rundingan tersebut.

Namun, beliau menegaskan semua dokumen harus ditandatangani oleh pihak diiktiraf secara sah.

Rusia mendakwa Encik Zelensky telah hilang kuasa undang-undang kerana tempoh pemerintahannya tamat pada 2024, dan tiada pilihan raya diadakan selepas itu.

Namun, Ukraine menyatakan Encik Zelensky kekal sebagai Presiden sah di bawah undang-undang perang yang dikuatkuasakan sejak serangan Rusia pada Februari 2022.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan