Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin berjanji tidak akan bunuh Zelenskyy, dedah mantan PM Israel

Anggaran Waktu Membaca:
TEL AVIV: Mantan Perdana Menteri Israel yang buat seketika menjadi orang tengah antara Rusia dengan Ukraine berkata Presiden Rusia berjanji dengannya untuk tidak membunuh rakan sejawatannya dari Ukraine.

Mantan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett menjadi orang tengah dalam tempoh beberapa minggu pertama peperangan tercetus antara kedua-dua negara, sekali gus menjadi salah satu pemimpin Barat yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin semasa melakukan lawatan ke Mosko pada Mac lalu.

Sekalipun usaha Encik Bennett tidak membuahkan hasil untuk menamatkan peperangan yang sudah berlarutan sehingga ke hari ini (5 Feb), kenyataan beliau, dalam wawancara yang dimuat naik online pada Sabtu (4 Feb), memberikan gambaran tentang usaha diplomasi di balik tabir dan juga percubaan untuk menghentikan konflik tersebut sejak di peringkat awal lagi.

Dalam wawancara selama lima jam itu, yang juga menyentuh tentang beberapa perkara lain, Encik Bennett turut mendedahkan bahawa beliau ada menanyakan Encik Putin sama ada beliau berniat untuk membunuh Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.

"Saya bertanya 'Mengapa semua ini? Adakah anda merancang untuk membunuh Zelenskyy? Beliau menjawab, 'Saya tidak akan membunuh Zelenskyy'. Saya kemudian memberitahunya, 'Adakah anda berjanji pada saya bahawa anda tidak akan membunuh Zelenskyy?'. Beliau berkata, 'Saya tidak akan membunuh Zelenskyy'."

Menurut Encik Bennett selanjutnya, beliau kemudian menghubungi Encik Zelenskyy untuk menyampaikan ikrar Encik Putin itu.
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan