Putin beri amaran "serangan siber" ke atas Rusia meningkat berkali ganda

(Gambar: Mikhail Metzel/SPUTNIK/AFP)
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata bilangan serangan siber ke atas Rusia oleh "struktur negara" asing telah meningkat beberapa kali ganda dan Rusia harus mengukuhkan pertahanan sibernya dengan mengurangkan penggunaan perisian dan perkakasan asing.
Laman web banyak syarikat milik pemerintah dan laman web berita mengalami percubaan penggodaman sejak Rusia menghantar tenteranya ke Ukraine pada 24 Februari.
"Serangan dibuat untuk melumpuhkan sumber internet Rusia dengan menyasarkan infrastruktur maklumat kritikal," kata Presiden Putin, sambil menambah bahawa media dan institusi kewangan menjadi sasaran.
"Serangan serius dilancarkan terhadap laman rasmi agensi pemerintah. Percubaan untuk menembusi rangkaian korporat syarikat terkemuka Rusia secara haram juga lebih kerap," katanya.
Dalam pertemuan dengan Majlis Keselamatan Rusia pada Jumaat (20 Mei), Presiden Putin berkata megara itu perlu meningkatkan keselamatan maklumat dalam sektor utama dan beralih kepada menggunakan teknologi dan peralatan domestik.
"Sekatan ke atas IT, sofwe dan produk asing telah menjadi salah satu alat tekanan sekatan ke atas Rusia," kata Encik Putin. "Sebilangan pembekal Barat telah menghentikan sokongan teknikal mereka di Rusia."
Menurutnya kes program disekat selepas dikemas kini semakin kerap berlaku.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.