Putin beri amaran kepada Amerika tentang krisis peluru berpandu sewaktu Perang Dingin
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Russian Presidential Press Service menerusi AP
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Ahad (28 Jul) memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa jika Washington mengerahkan peluru berpandu jarak jauh di Jerman maka Rusia akan menempatkan peluru berpandu yang sama.
Amerika Syarikat menyatakan pada 10 Julai bahawa ia akan mula menggunakan peluru berpandu jarak jauh di Jerman mulai 2026 sebagai persediaan untuk penempatan jangka panjang yang akan merangkumi SM-6, peluru berpandu Tomahawk dan senjata hipersonik.
Dalam ucapannya kepada anak kapal dari Rusia, China, Algeria dan India untuk menandakan hari tentera laut Rusia di St Petersburg, Presiden Putin memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa ia berisiko mencetuskan krisis peluru berpandu Perang Dingin melalui langkah tersebut.
"Masa penerbangan untuk menyasarkan peluru berpandu sebegitu di wilayah kita, yang pada masa hadapan mungkin dilengkapi dengan peledak nuklear, adalah kira-kira 10 minit," kata Presiden Putin.
"Kami akan mengambil langkah serupa, dengan mengambil kira tindakan Amerika Syarikat, satelitnya di Eropah dan di kawasan lain di dunia."
Presiden Putin, yang mengerahkan askarnya ke Ukraine pada 2022, menganggap perang itu sebagai sebahagian daripada perjuangan bersejarah dengan Barat, yang menurutnya memalukan Rusia selepas Soviet Union tumbang pada 1991.
Ukraine dan negara-negara Barat menuduh Presiden Putin terlibat dalam rampasan tanah Ukraine. Mereka telah berikrar akan mengalahkan Rusia, yang kini menguasai kira-kira 18 peratus Ukraine, termasuk Crimea, dan sebahagian daripada empat wilayah di timur Ukraine.
Rusia menegaskan bahawa tanah itu, yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Rusia, kini sekali lagi menjadi sebahagian daripada Rusia dan ia tidak akan diberikan kembali.
PERANG DINGIN?
Para diplomat Rusia dan Amerika Syarikat berkata hubungan diplomatik lebih teruk sekarang berbanding semasa Krisis Peluru Berpandu Cuba pada 1962.
Presiden Putin berkata bahawa Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan telah memindahkan sistem peluru berpandu Typhon ke Denmark dan Filipina, dan membandingkan rancangan Amerika Syarikat itu dengan keputusan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menggunakan pelancar Pershing II di Eropah Barat pada 1979.
Kepimpinan Soviet, termasuk Setiausaha Agung Yuri Andropov, bimbang pengerahan Pershing II adalah sebahagian daripada rancangan terperinci yang diterajui oleh Amerika untuk menyingkirkan kepimpinan politik dan ketenteraannya.
"Keadaan ini mengingatkan peristiwa Perang Dingin yang berkaitan dengan pengerahan peluru berpandu Pershing jarak sederhana Amerika di Eropah," kata Presiden Putin.
Pershing II telah dikerahkan ke Jerman Barat pada tahun 1983.
Pada tahun 1983, Andropov dan KGB menafsirkan beberapa siri langkah Amerika termasuk penempatan Pershing II dan latihan utama NATO sebagai tanda Barat akan melancarkan serangan awal ke atas Soviet Union.
Presiden Putin mengulangi amarannya bahawa Rusia boleh menyambung semula pengeluaran peluru berpandu berkeupayaan nuklear jarak sederhana dan lebih dekat dan kemudian mempertimbangkan lokasi untuk menempatkannya selepas Amerika Syarikat membawa peluru berpandu serupa ke Eropah dan Asia.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.