Skip to main content

Dunia

Putin beri amaran akan bertindak balas terhadap pelan peluru berpandu

Rusia berkata ia akan mengekalkan komitmen unilateral dalam Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) yang sudah tidak berfungsi, namun memberi amaran bahawa ia akan bertindak balas terhadap ancaman dari Amerika Syarikat (AS). 

Anggaran Waktu Membaca:
Putin beri amaran akan bertindak balas terhadap pelan peluru berpandu

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Alexei Nikolsky/Kremlin/Reuters)

Diterbitkan : 06 Aug 2019 09:12PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 09:18PM

KUALA LUMPUR: Rusia berkata ia akan mengekalkan komitmen unilateral dalam Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) yang sudah tidak berfungsi, namun memberi amaran bahawa ia akan bertindak balas terhadap ancaman dari Amerika Syarikat (AS). 

Presiden Rusia Vladimir Putin, dalam satu kenyataan bertarikh 5 Ogos, berkata jika Russia memperoleh maklumat yang boleh dipercayai bahawa Amerika Syarikat sudah menyempurnakan pembangunan kesemua sistem ini dan mula menghasilkannya. Oleh itu, Rusia tidak mempunyai pilihan selain melibatkan diri dalam usaha berskala penuh bagi membangunkan peluru berpandu serupa.

Beliau berkata ini terpakai kepada pembangunan, pengeluaran dan penggunaan peluru berpandu jarak dekat dan sederhana yang dilancarkan dari darat.

“Sehingga tentera Rusia menggunakan kesemua senjata ini, Rusia akan mengimbangi ancaman berkaitan penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Pembasmian Peluru Berpandu Jarak Dekat dan Sederhana dengan bergantung kepada kaedah yang kami sudah ada,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kremlin, Moscow dan diedarkan kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama di sini pada Selasa.

Pada 2 Ogos, Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu yang ditandatangani pada 1987 oleh Presiden Ronald Reagan dan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.

Perjanjian itu memerlukan kedua-dua negara menghapuskan secara kekal kesemua peluru berpandu krus dan balistik jarak dekat dan sederhana yang dilancarkan dari darat bagi jarak 500 hingga 5,500 kilometer.           

Moscow dan Washington saling menuding jari antara satu sama lain dengan dakwaan mencabul perjanjian itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak.

Presiden Putin berkata tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat menyusuli penarikan diri daripada Perjanjian INF tidak akan menurunkan nilai dan memusnahkan asas seni bina keselamatan global, termasuk Perjanjian Pengurangan Senjata Api Strategik dan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.

"Senario ini boleh menandakan satu permulaan baru bagi perlumbaan senjata yang tidak terkawal. Bagi mengelak kekacauan tanpa peraturan, sekatan atau undang-undang, kita sekali lagi perlu mempertimbang semua kesan berbahaya serta menganjurkan satu dialog yang serius dan bermakna tanpa sebarang kekaburan,” menurut beliau dalam kenyataan itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita