Skip to main content

Dunia

Putin, Anwar tiba di Tianjin untuk sidang puncak SCO

Anggaran Waktu Membaca:
Putin, Anwar tiba di Tianjin untuk sidang puncak SCO

PM Anwar serta Isteri dengan Presiden China Xi Jinping dan pasangannya di Tianjin pada 31 Ogos 2025. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Aug 2025 09:34PM Dikemas Kini : 31 Aug 2025 09:35PM
TIANJIN: Presiden Rusia Vladimir Putin berjabat tangan dengan para pegawai semasa sebuah upacara menyambut ketibaannya di lapangan terbang bagi sidang puncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, China pada 31 Ogos 2025. (Gambar: Reuters)


TIANJIN: Presiden Rusia Vladimir Putin mendarat di bandar Tianjin di utara China pada Ahad (31 Ogos) untuk menghadiri sidang puncak yang dihoskan oleh rakan sejawatannya Xi Jinping bersama kira-kira 20 pemimpin dunia yang lain.

Ini termasuk Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim yang tiba di sana pada tidak lama kemudian selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi (31 Ogos), bagi lawatan kerja empat hari ke China.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai pada 5.27 petang dan diberi sambutan permaidani merah serta kawalan kehormatan terdiri daripada 36 anggota.   

PM Anwar dan isteri disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China Norman Muhamad, Menteri Pertanian China Han Jun, Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) Tianjin Wang Chang Song dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Sidang Puncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) akan diadakan di bandar pelabuhan itu sehingga Isnin, beberapa hari sebelum perarakan tentera besar-besaran di ibu negara Beijing untuk menandakan 80 tahun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

SCO terdiri daripada China, India, Rusia, Pakistan, Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan dan Belarus, dengan 16 lagi negara bergabung sebagai pemerhati atau "rakan dialog".

Media negara Rusia dan China melaporkan sekitar jam 9.30 pagi bahawa Encik Putin sudah mendarat di Tianjin.

China dan Rusia kadangkala menyifatkan SCO sebagai alternatif kepada pakatan tentera NATO.

Dalam temu bual yang diterbitkan agensi berita China Xinhua pada Sabtu (30 Ogos), Encik Putin berkata sidang puncak yang bakal diadakan itu akan "mengukuhkan keupayaan SCO untuk bertindak balas terhadap cabaran dan ancaman kontemporari serta menyatukan perpaduan di seluruh ruang bersama Eurasia".

"Semua ini akan membantu membentuk susunan dunia berbilang hala yang lebih adil," kata Presiden Putin seperti yang ditukil laporan Xinhua.

Pada Isnin (1 Sep), PM Anwar selaku Pengerusi ASEAN akan menyampaikan ucapan di Sidang Puncak SCO Plus dan antara lain menekankan komitmen Malaysia untuk meletakkan kedua-dua negara dan ASEAN sebagai hab dinamik bagi perdagangan dan pelaburan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita