Puteri Ubolratana hadiri majlis perkahwinan anak perempuan Thaksin Shinawatra
Puteri Ubolratana yang sebelum ini merancang untuk bertanding dalam pilihan raya di Thailand sudah membuat penampilan dalam satu acara berprofil tinggi di Hong Kong.

Puteri Ubolratana. (Gambar: AFP/STR)
HONG KONG: Puteri Ubolratana yang sebelum ini merancang untuk bertanding dalam pilihan raya di Thailand sudah membuat penampilan dalam satu acara berprofil tinggi di Hong Kong.
Beliau adalah antara tetamu VIP di majlis perkahwinan anak perempuan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Encik Thaksin dikehendaki oleh pihak berkuasa Thailand atas tuduhan rasuah.
Semalam (22 Mac), Puteri Ubonratana dilihat bersebelahan dengan Encik Thaksin di majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah hotel mewah di Hong Kong.
Puteri Ubolratana sebelum ini menggemparkan arena politik Thailand apabila beliau mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon perdana menteri bagi parti politik Thai Raksa Chart yang ada kaitan dengan Encik Thaksin.
Pencalonan beliau bagaimanapun ditolak oleh saudara lelakinya sendiri, iaitu Raja Thailand dan juga Mahkamah Perlembagaan yang mengharamkan Parti Thai Raksa Chart daripada bertanding dalam pilihan raya esok.
Sebelum ini, beberapa media Thailand melaporkan bahawa para pendakwa negara itu akan cuba membawa pulang Encik Thaksan semasa beliau berada di Hong Kong untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya.
Namun sehari kemudian, pejabat pendakwa raya mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan melakukan demikian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.